Saturday, May 10, 2014

Kejohanan Rakan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Negeri Johor 2014


JEMPUTAN KE PROGRAM KEJOHANAN RAKAN WAJADIRI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 

Assalamualaikum w.b.t. danSelamat Sejahtera,

YBhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa buat julung kalinya bersempena Perayaan 15 tahun penubuhan Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM, Kelab Silat Cekak Hanafi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Johor telah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi menganjurkan “Kejohanan Rakan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Negeri Johor 2014” di mana ia melibatkan penyertaan sebanyak 40 buah pasukan yang terdiri daripada beberapa buah kelas dan pusat latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi di seluruh Negeri Johor Darul Takzim.

Sehubungan dengan ituYBhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan dijemput hadir seperti butiran berikut :

1.   Kejohanan Wajadiri
Tarikh           :         10 Mei 2014 (Sabtu)
Masa            :         08.00 pagihingga 04.00 petang
Tempat         :         Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM

2.   MajlisPerasmianPenutup

Tarikh           :         10 Mei 2014 (Sabtu)
Masa            :         05.00 petang
Tempat         :         Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM


Semoga dengan kehadiran YBhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan akan dapat menyerikan lagi majlis sekaligus  menyuntik semangat kepada para atlet yang bertanding. Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan adalah amat kami hargai dan didahulu idengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"



Penasihat
Kelab Silat Cekak Hanafi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


No comments: