Assalamualaikum/ Salam Sejahtera
Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN SEMINAR “KNOWLEDGE SHARING – TOPIC: SUPER CONDUCTIVITY FOR NON-PHYSICIST” OLEH Y. BHG. DATO’ NAIB CANSELOR UNTUK PELAJAR- PELAJAR PASCA SISWAZAH DAN STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah akan menganjurkan seminar ”Knowledge Sharing- Topic: Super Conductivity For Non-Physicist” oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UTHM pada bulan Mac ini. Maklumat adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Lestari 1 dan 2, Aras 3
3. Sehubungan
dengan itu, pihak kami dengan ini amat berbesar hati menjemput Y. Bhg.
Prof./ tuan/puan untuk hadir ke seminar tersebut. Aturcara
program turut dilampirkan di sini untuk makluman dan rujukan Y. Bhg.
Prof./ tuan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima Kasih
Siti Aminah binti Kamardin
Penolong Pegawai Tadbir
Pusat Pengajian Siswazah
Ext:7905
Emel: amina@uthm.edu.my
SEMINAR “KNOWLEDGE SHARING- TOPIC: SUPER CONDUCTIVITY
FOR NON-PHYSICIST” UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH DAN
STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
BILIK LESTARI 1 DAN 2, ARAS 2
PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH
11 MAC 2014
8.30 pagi : Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah dan Staf UTHM
8.45 pagi- 9.15 pagi : Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor
(Refreshment untuk penceramah -Y. Bhg. Dato'Naib Canselor dan VIP)
di Dewan Jamuan Utama, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.
9.15 pagi – 9.30 pagi : Ucapan Aluan oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah
9.30 pagi – 11.30 pagi : Seminar “Knowledge Sharing – Topic: Super Conductivity For Non-Physicist” oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr.
Mohd. Noh b. Dalimin, Naib Canselor UTHM.
11.30 pagi – 12.00 tghari : Penyampaian Cenderahati dan Sesi Bergambar
12.15 tghari -1.00 tghari : Jamuan Makan Tengahari Di Dewan Jamuan Utama, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun
Aminah
1.00 ptg : Tamat
No comments:
Post a Comment