Tarikh : 10 Mac 2014 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail
https://news.uthm.edu.my/ms/2014/03/naib-canselor-bertemu-staf-akademik-dalam-majlis-hi-tea/
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin telah bertemu dengan Staf Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam satu Majlis Hi Tea yang diadakan pada 10 Mac lalu di Dewan Tunku Mahkota Ismail.
Dalam pertemuan tersebut, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh mengingatkan tenaga pengajarnya agar sentiasa memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sedia ada agar seiring dengan perkembangan pendidikan semasa. Beliau dalam ucapannya turut memberi penekanan terhadap kemahiran komunikasi berkesan yang perlu ada dalam diri setiap tenaga pengajar agar maklumat yang disampaikan dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar.
Pertemuan selama lebih satu jam itu diakhiri dengan satu sesi soal jawab bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit yang timbul sebelum ini untuk tindakan bersama.
No comments:
Post a Comment