Tuesday, November 12, 2013

Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 7 Tahun 2013



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 (  121 )                                              11 November  2013

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 117 TAHUN 2013
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 7 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 7 Tahun 2013 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh           :        12 November 2013 (Selasa)
                   Masa            :        8.00 pagi hingga 10.00 pagi
                   Tempat         :        Stadium UTHM
                       
2.       Objektif program ini adalah untuk mewujudkan budaya sihat di kalangan warga UTHM dan medium aktiviti riadah perdana dalam membentuk keseimbangan di tempat bekerja. Majlis ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/MR/ash/07.11.2013/Pekeliling Am UTHM



TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 7 TAHUN 2013


Tarikh    :     12 November 2013 (Selasa)
Masa      :     8.00 pagi – 10:00 pagi
Tempat  :     Stadium (UTHM)

8.00 pagi   :       Ketibaan Warga Universiti
8.05 pagi   :       Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
8.15 pagi   :       Program Senamrobik
9.50 pagi   :       Jamuan ringan Pegawai Kanan Universiti
10.00 pagi  :       Bersurai

No comments: