Thursday, October 31, 2013

Taklimat Kesedaran Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Cbp) / Goods Services Tax (Gst) - Kastam Diraja Malaysia



Taklimat Kesedaran Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Cbp) / Goods Services Tax (Gst) - Kastam Diraja Malaysia

Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi - sila bawa kad staf/kad matrik pelajar untuk "slide" kehadiran
Tempat : Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), UTHM
Penyertaan : Mahasiswa/i dan Staf
Jamuan : Sarapan Pagi dan Makan Tengah Hari disediakan

Contact Info:
Dr. Haryati Shafii Ketua Jabatan (HEP dan Alumni) 07-453 3942/3854

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

TAKLIMAT KESEDARAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) / GOODS SERVICES TAX (GST) - KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, sepertimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014, pelaksanaan GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%. Oleh yang demikian, pihak Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui penyelarasan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) dan Jabatan (HEP dan Alumni) FPTP akan mengadakan Taklimat Kesedaran GST sepertimana ketetapan berikut;
  Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
          Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
    Pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi - sila bawa kad staf/kad matrik pelajar untuk "slide" kehadiran
          Tempat : Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), UTHM
          Penyertaan : Mahasiswa/i dan Staf
  Jamuan : Sarapan Pagi dan Makan Tengah Hari disediakan

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat untuk HADIR ke taklimat tersebut atau mempunyai soalan bertulis, sila daftarkan diri kepada Urusetia Pelaksana sepertimana maklumat dibawah;

Penyelaras   : Dr. Haryati Shafii
    Ketua Jabatan (HEP dan Alumni)
No. Telefon : 07-453 3942/3854
Emel : haryati@uthm.edu.my 

Sekian, terima kasih

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
07-453 3399

No comments: