Wednesday, October 2, 2013

Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM Kali Ke 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Dato’/ Prof. /Tuan/Puan,

JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KALI KE 13
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM Kali Ke 13 akan diadakan berdasarkan maklumat seperti berikut :

 Tarikh : 2 Oktober 2013 (Rabu)

 Masa : 8.00 Malam

 Tempat : Padang Kawad UTHM

 Aturcara Program : Seperti Di Lampiran  


Sehubungan dengan itu, semua warga UTHM dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM Kali Ke 13 tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk makluman Y. Bhg. Dato’/ Prof. /Tuan/Puan.

Sekian.

Terima kasih.

Yang benar,


PROFESOR MADYA DR. AHMAD RIZAL BIN MADARPengetua Kolej Kediaman Taman Universiti
Merangkap
Ketua Jawatankuasa Pesta Konvokesyen 2013
Tel. 07-453 5602


                                              ATURCARA MAJLIS PERASMIAN


Tarikh     : Rabu, 2 Oktober 2013
Tempat : Padang Kawad UTHM
8.00 malam
Ketibaan dif-dif jemputan
8.30 malam
Ketibaan Naib Canselor UTHM , Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin,  diiringi oleh Pegawai Kanan UTHM
Lawatan gerai
Nyanyian lagu Negaraku  & Bangsa Johor
Persembahan  Pancaragam
Ucapan perasmian oleh Naib Canselor UTHM , Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin
Gimik perasmian
Persembahan bunga api
Penyampaian sumbangan tabung Pesta Konvokesyen kepada  tabung dibawah pusat tanggungjawab Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Penyampaian cenderahati
Flag off konvoi Pesta Konvokesyen
Nyanyian lagu Gemilang UTHM  & 1M4U
Jamuan tetamu kehormat
10.30 malam
Majlis bersurai





 

No comments: