Thursday, October 10, 2013

Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 ( 117)                                             08 Oktober 2013

_____________________________
PEKELILING AM BIL. 109 TAHUN 2013
_____________________________

CERAMAH MENGENAI KESEDARAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM akan menganjurkan Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh          :        10 Oktober 2013 (Khamis)
Masa           :        8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat        :        Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII)

2.       Ceramah ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.       Sehubungan itu, semua staf Universiti adalah diwajibkan hadir untuk memberikan komitmen dan memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam program tersebut.

4.
       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.    -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


ATURCARA
CERAMAH MENGENAI KESEDARAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
KHAMIS, 10 OKTOBER 2013
DEWAN TUNKU ISMAIL IBRAHIM (DTII)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
***********************************

8.00 pagi

~

Ketibaan Staf

8.30 pagi
       ~

~
Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor

8.45 pagi
~
Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh Tuan Pendaftar UTHM

9.00 pagi
~
Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh :
YBrs. Profesor Madya Dr. Noraida binti Endut
Pengarah,
Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang



12.00 t/hari
~
Sesi Soal Jawab


~

Jamuan dan bersurai




No comments: