Thursday, October 31, 2013

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah 17th UTHM Student Games 2013


Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah 17th UTHM Student Games 2013

Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium UTHM
Dirasmikan oleh : YBhg. Prof. Dato Dr. Mohd Noh Dalimin 

Contact Info:
Encik Azli bin Puddin Pengurus Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 07-4537482

Taklimat Kesedaran Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Cbp) / Goods Services Tax (Gst) - Kastam Diraja Malaysia



Taklimat Kesedaran Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Cbp) / Goods Services Tax (Gst) - Kastam Diraja Malaysia

Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi - sila bawa kad staf/kad matrik pelajar untuk "slide" kehadiran
Tempat : Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), UTHM
Penyertaan : Mahasiswa/i dan Staf
Jamuan : Sarapan Pagi dan Makan Tengah Hari disediakan

Contact Info:
Dr. Haryati Shafii Ketua Jabatan (HEP dan Alumni) 07-453 3942/3854

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

TAKLIMAT KESEDARAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) / GOODS SERVICES TAX (GST) - KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, sepertimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014, pelaksanaan GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%. Oleh yang demikian, pihak Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui penyelarasan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) dan Jabatan (HEP dan Alumni) FPTP akan mengadakan Taklimat Kesedaran GST sepertimana ketetapan berikut;
  Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
          Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
    Pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi - sila bawa kad staf/kad matrik pelajar untuk "slide" kehadiran
          Tempat : Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), UTHM
          Penyertaan : Mahasiswa/i dan Staf
  Jamuan : Sarapan Pagi dan Makan Tengah Hari disediakan

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat untuk HADIR ke taklimat tersebut atau mempunyai soalan bertulis, sila daftarkan diri kepada Urusetia Pelaksana sepertimana maklumat dibawah;

Penyelaras   : Dr. Haryati Shafii
    Ketua Jabatan (HEP dan Alumni)
No. Telefon : 07-453 3942/3854
Emel : haryati@uthm.edu.my 

Sekian, terima kasih

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
07-453 3399

Wednesday, October 30, 2013

Seminar Pengurusan Hibah, Aset, Liabiliti Akhirat dalam Pengurusan Kewangan Islam


Assalamualaikum…w.b.t

YBhg. Dato’/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR PENGURUSAN HIBAH, ASET, LIABILITI AKHIRAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam dan Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengadakan Seminar Pengurusan Hibah, Aset, Liabiliti Akhirat dalam Pengurusan Kewangan pada :
 
Tarikh : 30 Oktober 2013, 
Masa : jam 2.00 petang hingga 5.00 petang 
Tempat : di DKA G3, UTHM.

Sehubungan dengan itu, semua warga UTHM yang berkelapangan di jemput hadir.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



HJ. BAHARUDIN BIN YAMAN @ ABD. GHANI
Ketua Pusat Islam (Menjalankan Tugas)
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 3351

Tuesday, October 29, 2013

Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2013


Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2013
Tempat : Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM
Masa : 29 dan 30 Oktober 2013
Anjuran : Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan

Monday, October 28, 2013

Thesis Writing Seminar Using LYX

Thesis Writing Seminar Using LYX
Tarikh : 28 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Komputer L, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM 

Contact Info:
Encik Azlan bin Wanti Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Siswazah 07-4537903

Saturday, October 26, 2013

Ceramah Hari keamanan Sedunia UNESCO DAY

Ceramah Hari Keamanan Sedunia UNESCO DAY

Tarikh : 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, Pusat Islam

Friday, October 25, 2013

Majlis Konvokesyen Pra Sekolah dan Tabika KEMAS 2013

Majlis Konvokesyen Pra Sekolah dan Tabika KEMAS

Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi ~ 5.30 petang
Tempat : Dewan Tunku Ismail Ibrahim

Anjuran: Kelab Keusahawaman dan Teknologi (KKDT)
Contact Info : Ahmad Khirul Nizam bin Ali,
Penolong Pendaftar,
Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM
sambungan : 8379

Thursday, October 24, 2013

Jemputan Menghadiri Syarahan Profesor Dr. Abbes Amira





Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SYARAHAN PROFESOR PELAWAT, PROFESOR DR. ABBES AMIRA

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas. 

2.             Adalah dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan menganjurkan syarahan yang akan disampaikan oleh Profesor Pelawat dari Jabatan Kejuruteraan Komputer, Profesor Dr. Abbes Amira
daripada University of the West of Scotland. Sehubungan dengan itu Y. Bhg. Prof/ tuan/puan dijemput hadir seperti butiran berikut:

Tajuk    : Connected Health: Empowering Care through Embedded Intelligent Computing
Tarikh  : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Masa    : 8.30 – 1:00 tengahari
Tempat : Auditorium Al-Jazari aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

3.         Kehadiran
Y.Bhg. Prof/tuan/puan pada syarahan ini akan direkodkan di dalam jam kursus. Bersama-sama ini dilampirkan abstrak bagi syarahan tersebut.



Sekian, terima kasih
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Lampiran 1 (sila klik untuk melihat flyers)

Yang benar,


DR. ABD. KADIR BIN MAHAMAD
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Komputer
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
( : 07 – 453 7552 





Wednesday, October 23, 2013

Seminar Pengenalan Plagiarisme dan Tatacara Penggunaan Perisian Turnitin Untuk Penyelia-Penyelia Program Siswazah UTHM



Seminar Pengenalan Plagiarisme dan Tatacara Penggunaan Perisian Turnitin Untuk Penyelia-Penyelia Program Siswazah UTHM
Tarikh : 23 Oktober 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah


Contact Info:
Encik Azlan bin Wanti Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Siswazah 07-4537903

Monday, October 21, 2013

MOU antara UTHM dengan Johor Biotechnology dan Biodiversity Corporation dan Perbendaharaan Taman Negara Johor

MOU antara UTHM dengan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation dan Perbendaharaan Taman Negara Johor

Tarikh : 21 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi ~12.00 tghr
Tempat : Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru

National Forum & Exhibition Enginnering Design 2013 (Nfeed 2013)



National Forum and Exhibition Enginnering Design 2013 (Nfeed 2013)

Tarikh : 21 – 22 OKTOBER 2013

Contact Info:
Hazifa Hani binti Hj. Ramli Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Samb : 7705



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Dr/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE NATIONAL FORUM AND EXHIBITION ON ENGINEERING DESIGN 2013 (NFEED2013)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) akan menganjurkan National Forum and Exhibition on Engineering Design (NFEED) 2013 sebagai salah satu usaha untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di UTHM khasnya dan Batu Pahat amnya, disamping meningkatkan program Kebolehpasaran Pelajar yang dijangka mampu memberi manfaat kepada  pelajar dimasa depan. Untuk tujuan tersebut, pihak kami ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini bagi sama-sama mendapat manfaat dan mencari sedikit ruang untuk sama-sama berkolaborasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi kebaikan semua.

3. Maklumat terperinci program adalah seperti berikut:

Tarikh : 21-22 Oktober 2013 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.45 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), Dewan Terbuka & Dewan 3

4. Segala perhatian dan kerjasama  
Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian, terima kasih. Wassalam.

ATURCARA (SILA KLIK)

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

--
Secretariat
National Forum and Exhibition on Engineering Design 2013 (NFEED2013)
Tel: 7716/7717/7778

Saturday, October 19, 2013

Forum “Mesej dari Penjara”

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/i

PROGRAM FORUM “MESEJ DARI PENJARA” ANJURAN BERSAMA PENJARA SIMPANG RENGGAM DAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Penjara Simpang Renggam dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Forum “Mesej dari Penjara” sepertimana maklumat berikut :
       
Tarikh              :        19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa                :        8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat            :         Dewan Kuliah A (DKA) Blok G3 UTHM

Dijemput Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/i untuk hadir beramai-ramai ke Program ini untuk bersama-sama memperoleh ilmu yang diberikan.


Sekian, untuk makluman

Penganjur Bersama:
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Saturday, October 12, 2013

Konvokesyen Darjah Khas, Pejabat Pendidikan Agama Kluang

Konvokesyen Darjah Khas, Pejabat Pendidikan Agama Kluang

Tarikh : 12 Oktober 2013
Masa : 8.00 pagi ~ 2.00 petang
Lokasi : DTII

Thursday, October 10, 2013

Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 ( 117)                                             08 Oktober 2013

_____________________________
PEKELILING AM BIL. 109 TAHUN 2013
_____________________________

CERAMAH MENGENAI KESEDARAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM akan menganjurkan Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh          :        10 Oktober 2013 (Khamis)
Masa           :        8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat        :        Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII)

2.       Ceramah ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.       Sehubungan itu, semua staf Universiti adalah diwajibkan hadir untuk memberikan komitmen dan memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam program tersebut.

4.
       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.    -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


ATURCARA
CERAMAH MENGENAI KESEDARAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
KHAMIS, 10 OKTOBER 2013
DEWAN TUNKU ISMAIL IBRAHIM (DTII)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
***********************************

8.00 pagi

~

Ketibaan Staf

8.30 pagi
       ~

~
Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor

8.45 pagi
~
Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh Tuan Pendaftar UTHM

9.00 pagi
~
Ceramah Mengenai Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh :
YBrs. Profesor Madya Dr. Noraida binti Endut
Pengarah,
Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang



12.00 t/hari
~
Sesi Soal Jawab


~

Jamuan dan bersurai




Wednesday, October 9, 2013

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UTHM 2013

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UTHM 2013


Tarikh : 9 Oktober 2011 (Rabu)
Masa :8.00 malam
Tempat : Persada, Johor Bahru

Tuesday, October 8, 2013

Perhimpunan Kecergasan UTHM 1 Malaysia


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 ( 108 )                                                 02 Oktober  2013

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 106 TAHUN 2013
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 6 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 6 Tahun 2013 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh           :        8 Oktober 2013 (Selasa)
                   Masa            :        8.00 pagi hingga 10.00 pagi
                   Tempat         :        Stadium UTHM
                       
2.       Objektif program ini adalah untuk mewujudkan budaya sihat di kalangan warga UTHM dan medium aktiviti riadah perdana dalam membentuk keseimbangan di tempat bekerja. Majlis ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/MR/ash/02.10.2013/Pekeliling Am UTHM




TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 6 TAHUN 2013


Tarikh    :     8 Oktober 2013 (Selasa)
Masa      :     8.00 pagi – 10:00 pagi
Tempat  :     Stadium (UTHM)

8.00 pagi   :       Ketibaan Warga Universiti
8.05 pagi   :       Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
8.15 pagi   :       Program Senamrobik
9.50 pagi   :       Jamuan ringan Pegawai Kanan Universiti
        10.00 pagi  :       Bersurai

Saturday, October 5, 2013

MOU antara UTHM dengan Universitas Gadjah Mada dan Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Majlis Menandatangani Memorandum (MOU) antara UTHM dengan Universitas Gadjah Mada dan Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat

Anjuran Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (HIM)

Majlis Konvokesyen Ke-13

 

'Majlis Konvokesyen Ke-13'


Tarikh : 5, 6 dan 7 Oktober 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Utama
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Friday, October 4, 2013

Majlis Anugerah Naib Canselor & Anugerah Dekan 2013 Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik



Majlis Anugerah Naib Canselor & Anugerah Dekan 2013
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 

Tarikh: 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah A, Blok G3, UTHM

Thursday, October 3, 2013

Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah Sempena Konvokesyen Ke -13 UTHM

Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah Sempena Konvokesyen Ke -13 UTHM


Tarikh : 3 Oktober 2013 (Khamis)

Masa : 2 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM 

Contact Info:
Encik Azlan bin Wanti Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Siswazah 07-4537903

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN MAJLIS PEMAKAIAN HUD GRADUAN SISWAZAH KE-3 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 UTHM

Dengan segala hormatnya bahawa Pusat Pengajian Siswazah akan mengadakan Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah ke-3 sempena Majlis Konvokesyen ke-13 UTHM sepertimana maklumat berikut:
Tarikh: 3 Oktober 2013 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

Pusat Pengajian Siswazah
Samb. tel: 7903/7905/7990/7901

--

Aturcara Majlis Pemakaian Hud Graduan
Siswazah ke-3 Sempena Majlis Konvokesyen Ke-13 UTHM

Tarikh             : 3 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat           : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM





  Masa               Aktiviti                                                                                                Lokasi

1.30 ptg           Pendaftaran Graduan dan Penyelia                                                  Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

2.00 ptg           Ketibaan Tetamu Jemputan                                      

2.15 ptg           Ketibaan Y.Bhg. Timbalan-Timbalan Naib Canselor 
dan Pegawai Kanan Universiti

2.30 ptg           Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor                                                           

                        Bacaan Doa
                                                                       
                        Upacara Pemakaian Hud &
Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Penyelia

-       Graduan Doktor Falsafah
-       Graduan Sarjana Penyelidikan    

Ucapan wakil graduan
                        Ucapan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor

5.00 ptg           Jamuan & Bersurai                                                                             Dewan 1 & Dewan Terbuka