Wednesday, February 29, 2012

Malam Santai Seni Budaya Februari 2012

Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,

PROGRAM SANTAI SENI BUDAYA FEBRUARI 2012

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan melaksanakan program Malam Santai Seni Budaya bagi bulan Februari 2012 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Pejabat Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Anjuran : Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


3. Program ini akan melibatkan persembahan dari golongan pelajar seperti Kumpulan Angklung, Band Akustika, Tarian, Keroncong, Puisi dan Kompang.

4. Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Prof. / tuan / puan adalah dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan-persembahan kebudayaan dari golongan pelajar dan memeriahkan lagi program tersebut. Segala sokongan dari pihak Y. Bhg. Prof. / tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

-------------------
Syahrizan bin Zainaldin
Artis Budaya
Unit Kebudyaan, Kesenian dan Warisan
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537883



No comments: