Friday, February 17, 2012

Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Assalamualaikum  YBhg. Dato’ Datin / Prof / Tuan puan

MAKLUMAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1433 HIJRAH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa majlis Maulidur Rasul SAW akan diadakan seperti berikut ;

                                Tarikh : 17 Februari 2012 (24 Rabiul Awal 1433 Hijrah)
                                Hari    :  Jumaat
                                Masa  : 7.30 pagi
                              Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
                      Penceramah : Y. Bhg. Sahibul Fadhilah Tn Hj Mohd Noh Bin Kadri
                                           (Kadi Besar Johor)

3. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa induk telah bersetuju mengadakan pertandingan perarakan kontingen bagi setiap PTJ yang dibahagikan secara berkumpulan (dilampiran). Diwajibkan pakaian seragam bagi lelaki adalah baju melayu bersongkok hitam dan bersampin.Bagi wanita berbaju kurung dan pelajar antarabangsa berpakaian kebangsaan/tradisi negara masing-masing. Untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato’ Datin / Prof / Tuan puan bersama-sama ini disertakan tentatif program.


Sekian terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang Benar,

Prof Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus,
Pengarah Pusat Islam

b/p Tuan Hj. Sulam Bin Hamid, Pendaftar UTHM
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Majlis Maulidur Rasul UThm


TENTATIF PROGRAM


7.50 pagi : Staf Mengambil Tempat

8.15 pagi : Perarakan Maulidur Rasul S.A.W

9.00 pagi : Ketibaan staf dan Pegawai Kanan Universiti

9.05 pagi : Ketibaan Y. Bhg Dato’ Naib Canselor

9.10 pagi : Bacaan Doa
Oleh Ust Kamal Izhar Bin Kamarul Zaman

9.15 pagi : Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Majlis Maulidur Rasul
Universiti
Tuan Hj. Sulam Bin Hamid
(Pendaftar)

9.30 pagi : Bacaan berzanji & Selawat

10.00 pagi : Ceramah Maulidur Rasul oleh:
Y.Bhg Sahibul Fadhilah Tn. Hj Mohd Noh Bin Kadri
(Kadi Besar Johor)

12.30 pagi : Penyampaian Hadiah
Jamuan dan bersurai




No comments: