Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2012 Oleh Naib Canselor UTHM
Tarikh: 8 Februari 2012 (Rabu)
Masa: 9 pagi ~ 1.00 petang
Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid. 2 (08) 31 Januari 2012
_____________________________
PEKELILING AM BIL. 7 TAHUN 2012
_____________________________
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti akan menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2012 oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 12.40 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII),UTHM
2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf 2012.
3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah DIWAJIBKAN HADIR ke Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2012 tersebut untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang dianjurkan oleh Universiti.
4. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Penolong-Penolong Naib Canselor
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SH/myh/30.01.2012/pekeliling am
ATURCARA
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
8 FEBRUARI (RABU)
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL
**********************************************
8.00 pagi : Ketibaan staf dan pegawai universiti
8.30 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
8.35 pagi : Aluan Pengacara Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
: Bacaan Doa
8.45 pagi : Ucapan aluan Pengarah Pejabat Pengurusan Strategik
dan Kualiti oleh YBhg. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi
9.00 pagi : Perutusan Tahun Baru 2012 oleh :
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
11.00 pagi : Sesi soal jawab
11.30 pagi : Majlis Penyampian Anugerah :
- Anugerah Jasa Bakti Ketua CAPs iPMO
- Anugerah Kumpulan Terbaik CAPi iPMO
- Sijil Penghargaan Juruaudit 5S
- Sijil Penghargaan Juruaudit MS ISO 9001:2008
- Anugerah Audit Dalaman Amalan 5S 2010
- Pemenang Mencipta logo dan ‘Tagline’ Amalan 5S
12.00 t/hari : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
12.10 t/hari : Jamuan ringan dan bersurai
No comments:
Post a Comment