Y . Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan,
Assalamualaikum...w.b.t
MAKLUMAN SENARAI NAMA PESERTA YANG TELAH DICALONKAN OLEH PTJ UNTUK PROGRAM KHATAM AL-QURAN 1431H PERINGKAT UTHM
Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program tersebut di atas iaitu seperti butiran berikut :
Tarikh : 03 September 2010
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai nama peserta yang telah dicalonkan oleh Pusat Tanggungjawab untuk maklumat selanjutnya. Semua peserta juga, digalakkan membawa Al-Quran ke program tersebut.
Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
s.k - Yg. Bhg. Dato’ Naib Canselor UTHM
- Yg. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM
- Yg. Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UTHM
Friday, September 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment