Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld. 10(51) 8 September 2010


PEKELILING PENGURUSAN BIL. 51/2010

PROGRAM HARI KEAMANAN SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI
DAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Program Hari Keamanan Sedunia peringkat Universiti dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 sebagaimana butiran berikut :-

Program Hari Keamanan Sedunia
Tarikh : 21 September 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010
Tarikh : 21 September 2010 (Selasa)
bersamaan 12 Syawal 1431 Hijrah
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka dan Dataran Masjid

2. Semua staf dan pelajar Universiti adalah dijemput hadir. Staf dan pelajar dikehendaki berpakaian kebangsaan bagi yang beragama Islam, manakala yang bukan beragama Islam dikehendaki berpakaian yang bersesuaian dengan majlis tersebut. Aturcara bagi kedua-dua program adalah seperti di lampiran.

3. Bagi maksud kedua-dua program ini dapat berjalan lancar, staf dan pelajar dilarang meletak kenderaan masing-masing di tempat letak kereta berhadapan Bangunan A4 pada 21 September 2010 melainkan yang mempunyai tempat letak kereta khas berlabel. Ini untuk memberi laluan kepada tetamu yang hadir pada Program Hari Keamanan Sedunia meletakkan kenderaan mereka. Manakala di Dataran Masjid pula, staf dan pelajar dilarang meletak dan meninggalkan kenderaan masing-masing mulai 17 September hingga 21 September 2010. Ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja persiapan dapat dilakukan bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010.

4. Kerjasama semua staf dan pelajar untuk hadir di kedua-dua program ini dan tidak meletakkan kenderaan masing-masing seperti yang dinyatakan di para 3 adalah sangat-sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-ketua Pejabat/Pusat/Unit
- Majlis Perwakilan Pelajar

SH/fs/08092010/pekelilingpengurusan

ATURCARA


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2010
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


TARIKH : 21 SEPTEMBER 2010 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA DAN DATARAN MASJID
MASA : 11.30 PAGI



11.30 pagi : Ketibaan staf dan pelajar

11.45 pagi : Ketibaan tetamu Universiti dan VVIP/VIP

12.00 tghari : Bacaan Doa

12.10 t/hari : Ucapan YBhg. Dato’ Naib Canselor

12.20 t/hari : Bacaan Selawat

12.30 t/hari : Jamuan Hari Raya

No comments: