Wednesday, September 22, 2010

KOLOKIUM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN BIL.10/2010

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUAT RAKAMAN DI KOLOKIUM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN BIL.10/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan akan mengadakan Kolokium bil.10/2010 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 22 September 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Galeri Ilmu

Pembentang : Dr. Elizabeth M.Anthony
Tajuk : "The joy and challenges of mission accomplished research
journey: A sweet victory away from home sweet home".

3. Sehubungan dengan itu, fakulti memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat rakaman sepanjang kolokium tersebut berlangsung. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan perjalanan program ini boleh diajukan kepada setiausaha program, Cik Azila Binti Md Sudin.

4. Kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berkenaan dengan permohonan ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,

AZILA BINTI MD SUDIN
Setiausaha
b.p: Pengerusi Jawatankuasa Kolokium dan Seminar
FSSW

No comments: