Thursday, March 25, 2010

Seminar Peningkatan Profesionalisme Pendidikan

Tuan,

MOHON PERKHIDMATAN DOKUMENTASI (PENGGAMBARAN VIDEO & FOTOGRAFI) BAGI SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDIDIKAN. TEMA : KEARAH PEMANTAPAN ETIKA DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, seminar anjuran PKPGB tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 25 Mac 2010
hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM

3. Dengan ini besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan majlis tersebut.

4. Bersama-sama ini dilampirkan jadual seminar untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar
AZIZ B ATAN
Pengerusi J/K Dokumentasi
Seminar PKPGB, 2010

****************************************

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi : Ceramah 1 : Pengenalan Kepada Akta SPRM 2009
: Penyampai : Encik Kamaruddin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
10.30 - 11.00 pagi : Kudapan
11.00 - 1.00 pagi : Ceramah 2 : Punca, Kesan dan Simptom Rasuah
: Penyampai : Encik Kamarudin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
1.00 ptg : Majlis Penutup dan Bersurai

No comments: