Tuesday, March 23, 2010

Permohonan Khidmat Jurugambar

Tuan,

PERMOHONA KHIDMAT JURUGAMBAR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa K-Utech Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Universiti Tun hussein Onn Malaysia. Pada hari Selasa 23 Mac 2010 ini, K-Utech Sdn Bhd. 5th Anniversary. Di antara objektif program aalah untuk meraikan kejayaan syarikat K-Utech bertahan selama 5 tahun dan kini syarikat melangkah semakin jauh dalam mencapai visi dan misi syarikat.

Untuk makluman tuan, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM serta beberapa orang pegawai kanan universiti telah mengesahkan kehadiran mereka ke majlis tersebut serta beberapa orang anak yatim akan dijemput khas dalam program ini. Sehubungan dengan itu, pihakkamu memerlukan perkhidmatan jurugambar dari unit UCiTV untuk mengambil gambar-gambar peristiwa serta rakaman video pada malam itu.

Kerjasama dan perhatian tuan mengenai perkara diatas amatlah dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini disertakan aturcara majlis untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian.

K-Utech Sdn Bhd
BAHARUDIN MOHAMED
Pengarah Urusan

No comments: