Friday, March 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (17) 9 Mac 2010



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 17/2010



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431Hijrah peringkat Universiti seperti butiran berikut :-



Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Masa : 8.30 pagi ~ 11.00 pagi

Penceramah Jemputan : Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



2. Semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Bersama-sama ini di lampirkan aturcara majlis untuk makluman semua.



Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof/tuan/puan. Terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit









SH/fs/09032010/PekelilingPengurusan





_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



7.45 pagi - Perarakan Maulidur Rasul 1431 Hijrah

8.30 pagi - Staf mengambil tempat

9.00 pagi - Ketibaan Pegawai Kanan Universiti dan Y.Bhg Dato’ Naib Canselor UTHM

9.05 pagi - Bacaan Doa oleh Ust. Kamal Izhar bin Kamarul Zaman

9.10 pagi - Ucapan Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul

Oleh : Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al- Edrus

(Pengarah Pusat Islam UTHM)

9.15 pagi - Bacaan Berzanji dan Selawat

9.30 pagi - Ceramah Maulidur Rasul oleh:

Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



11.30 pagi - Penyampaian Bantuan Pendidikan Takaful Etiqa dan

Zakat daripada K-UTECH SDN BHD kepada MAINJ

Oleh Dato’ Naib Canselor UTHM



11.45 pagi - Jamuan dan bersurai

No comments: