Monday, February 22, 2010

Program Taklimat Kemudahan ICT Kepada Dekan Dan Timbalan Dekan Fakulti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

PROGRAM TAKLIMAT KEMUDAHAN ICT KEPADA DEKAN DAN TIMBALAN DEKAN FAKULTI, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Jawatankuasa ICT Universiti dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sebagai urusetia akan menganjurkan satu taklimat ICT kepada Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti seperti butiran berikut:-

Tarikh : 22 Februari 2010
Masa : 8.45 pagi - 4.15 petang
Tempat : Dewan 1, UTHM

3. Salah satu agenda dalam taklimat tersebut adalah demo secara langsung Sistem Giliran Konvokesyen (CQMS). Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pihak tuan agar dapat menghantar 2 wakil dari UCiTV untuk bekerjasama dengan pihak PTM bagi melancarkan demo tersebut.

4. Besama-sama ini disertakan tentatif program taklimat tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,
MOHD ARSHAD BIN SEERON
Pengurus Pusat Teknologi Maklumat

No comments: