UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/3 JLD10(12) 10 Februari 2010
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 12/2010
MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 3 PENGGUNAAN NAMA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Ulangtahun ke 3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia seperti butiran berikut :-
Tarikh : 12 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Masjid Jamek UTHM
2. Sehubungan itu, semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis tersebut dan dikehendaki merekodkan kehadiran. Staf wanita diminta membawa telekung masing-masing untuk solat berjemaah. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan/Pengawal Keselamatan/Pegawai Khidmat Pelanggan serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.
3. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara majlis untuk perhatian YBhg. Dato’ / Prof. / tuan / puan.
Sekian, terima kasih.
”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
samb. 7100
s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat / Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit
SH/sh/10022010/pekpengurusan
________________________________________________________________________________________________________________________________
ATURCARA MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 3 PENGGUNAAN NAMA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
2.45 petang : Kehadiran staf UTHM
3.00 petang : Ketibaan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3.15 petang : Solat Hajat Berjemaah
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
4.00 petang : Tazkirah Perdana oleh
Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus,
Pengarah Pusat Islam
4.45 petang : Azan dan solat asar berjemaah
5.00 petang : Jamuan ringan dan bersurai
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment