Wednesday, February 24, 2010

Kolokium Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan Bil. 2/2010

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUAT RAKAMAN DI KOLOKIUM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN BIL. 2/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera dan Warisan akan mengadakan kolokium bil. 2/2010 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 24 Februari 2010
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Makmal Multimedia 1

3. Sehubungan dengan itu, fakulti memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat rakaman sepanjang kolokium tersebut berlangsung. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan perjalanan program ini boleh diajukan kepada setiausaha program, Cik Azila binti Md Sudin di samb. 7957.

4. Kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berkenaan dengan permohonan ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar

PROF MADYA DR. HUSSAIN B. OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Kolokium Dan Seminar
FASSW
7933

******************

2.00 ptg : Kata-kata aluan Dekan FSSW
2.30 - 3.00 ptg : Sesi Pembentangan Kertas Kerja
Dr. Mikdar Rusdi
Tajuk : Al-Quran dan Pemeliharaan Alam sekitar
3.00 ptg : Sesi Perbincangan

No comments: