Tuesday, September 15, 2009

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan, Tadarus Al-Quran Dan Majlis Berbuka Puasa Perdana UTHM 2009





UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 
 UTHM/PP/100-6/3 JLD 9 (32)  11 September 2009 
 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2009 

 MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN, TADARUS AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA UTHM 2009 

 Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di Dewan Terbuka, Tadarus Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa Perdana UTHM 2009 di Masjid Jamek UTHM sebagaimana butiran berikut : 

 Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 
 Tarikh : 15 September 2009 (Selasa) 
 Masa : 2.30 petang 
 Tempat : di Dewan Terbuka UTHM 

 Tadarus Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa Perdana UTHM 2009 
 Tarikh : 15 September 2009 (Selasa) 
 Masa : 4.20 petang 
 Tempat : di Masjid Jamek UTHM 

 2. Sehubungan itu, semua staf dijemput hadir. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg Prof./ tuan/ puan. 

 Sekian, Terima kasih. 
 “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” 

 Yang benar 

 SULAM BIN HAMID 
Pendaftar 
' 7100 
 s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor 
 - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 
 - Dekan-Dekan Fakulti 
- Pengarah Pejabat/Pusat 
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit 
 SH/rk/11092009/pekelilingpengurusan 

 Tentatif 
 ATURCARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN, TADARUS AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA UTHM 2009 
15 SEPTEMBER 2009 (SELASA) 
 2.30 petang : Ketibaan tetamu / staf / pelajar di Dewan Terbuka UTHM 
 2.45 petang : Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan Universiti 
 2.50 petang : Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor 
                     : Nyanyian Lagu Negaraku & Gemilang UTHM 
 3.00 petang : Persembahan Patriotik dan Kenegaraan dari Kolej-kolej Kediaman 
 3.50 petang : Ucapan Penutupan Bulan Kemerdekaan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor 
 4.10 petangi : Penyampaian hadiah Pemenang Kolej Kediaman Ceria Bacaan Doa Penutupan Bulan Kemerdekaan 
 4.20 petang : Solat asar di Masjid Jamek, UTHM 
                     : Ketibaan Peserta dan Jemputan Majlis Tadarus Al-Quran UTHM 
 4.45 petang : Tadarus Al-Quran bermula dipimpin oleh Imam Masjid Jamek UTHM 
 6.00 petang : Tazkirah Ramadhan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Nooh Gadut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor 
 7.10 malam : Majlis Berbuka Puasa UTHM 2009-09-11 
                     : Solat Maghrib 
                     : Bersurai

No comments: