Tuan,
PERMOHONAN MEMBUAT SIARAN ONLINE DI WEB UCITV
Merujuk kepada perkara di atas saya mewakili pelajar Diploma Pendidikan jurusan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi 2009/2010 ingin membuat permohonan siaran online secara langsung di web UCiTV UTHM bersempena dengan program kolokium Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (DBK1012) yang akan diadakan. Butiran tentang program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 2 September 2009
Tajuk : Technical and Vocational Education Training Past, Present and Future.
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2
Penyertaan : Semua pelajar DPLI sesi 2009/2010 dan pelajar Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
2. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan sudi memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.
3. Kerjasama serta sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
'FALSAFAH PENGGERAK GENERASI'
Saya yang menurut perintah,
MOHAMAD FAIZAL BIN MOHAMAD NASIR
Pengarah Program Kolokium
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia
UTHM
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment