Wednesday, September 2, 2009

KOLOKIUM :COOPERATIVE PRODUCT DEVELOPMENT ANJURAN PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

YBhg.Prof./Tuan/Puan,

KOLOKIUM : “COOPERATIVE PRODUCT DEVELOPMENT” ANJURAN PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN INDUSTRI, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Hubungan Universiti dan Industri, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, akan menganjurkan satu kolokium yang bertajuk “Cooperative Product Development”. Semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk menghadiri seminar berkenaan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 September 2009 (Rabu)

Masa : 2.30 petang – 5.00 petang

Tempat : Studio Pendidikan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penceramah : Dr. Ing. Erwin Zahari Nurcahya
Implementation Engineer/Consultant
Siemens PLM Software GmbH, Germany.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg.Prof./tuan/puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

ZAINIZAN BIN MD.ESA
Pejabat Hubungan Universiti & Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07 – 453 7457
Fax : 07 – 453 6262

No comments: