Wednesday, May 6, 2009

TAKLIMAT AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2009 (AKTA A1342)

TAKLIMAT AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2009(AKTA A1342)

Sukacita dimaklumkan bahawa, berikutan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Pejabat Canselori akan mengadakan Program Taklimat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 06 Mei 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah A Blok G3
Penceramah : Prof. Dr. Shaik Md. Noor Alam S.M Hussein
Pengarah Unit Perundang-Undangan
Universiti Putra Malaysia

2. Semua staff diwajibkan hadir dan dikehendaki merekodkan kedatangan di ruang legar dewan. Semua Dekan/Pengarah/Pengurus/Ketua Pusat/Ketua Bahagian/Ketua Unit diminta untuk memastikan semua staff hadir ke majlis taklimat yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan lepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Pengecualian juga diberikan lepada staf yang terlibat dengan peperiksaan pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar

No comments: