Thursday, May 7, 2009

Rakaman Selari Di Seminar Pendidikan Kebangsaan PKPGB, UTHM

Tuan,

RAKAMAN SELARI DI SEMINAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PKPGB, UTHM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan, PKPGB. Seminar tersebut merupakan program yang dianjurkan oleh kumpulan Guru Besar yang sedang mengikuti Pogram Khas Pensiswazahan Guru Besar di UTHM. Progran tersebut akan dijalankan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 07.05.2009 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Blok G, UTHM

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Rakaman memohon kerjasama tuan untuk membuat rakaman selari sepanjang majlis tersebut. Bersama ini disertakan aturcara majlis yang akan dijalankan.

Sekain, segala keprihatinan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
PROF. DR SULAIMAN BIN YAMIN
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan)
FPTek

*****************************************

Tentatif


8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan
8.30 pagi : Pembentangan kertas kerja selari
10.30 pagi : Bacaan Doa
Ucap Utama
Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Pengarah Institut Aminudin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pembentang Kertas Kerja Utama 1
Tn. Hj. Isa Bin Hj Abu
Pengarah Pelajaran Melaka
Jabatan Pelajaran Melaka
12.30 tgh : Rehat & Solat
2.00 ptg : Pembentangan Kertas Kerja Utama 2
Tn Hj Sufa'at Bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
3.00 ptg : Majlis Persmian penutup
Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan oleh Naib Canselor UTHM
Y.Bhg. Prof. Dato' Dr Mohd Noh Dalimin
Ucapan Perasmian Penutup
Y.B Dr. Hj. Mohd Phuad Zakarshi
Timbalan Menteri Pelajaran II
Kementerian Pelajaran Malaysia
5.00 ptg : Bersurai

No comments: