Tuesday, May 19, 2009

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009



Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009 pada 15hb hingga 19 Mei 2009. 

Berikut adalah maklumat lanjut: 

 Majlis Perasmian : 16 Mei 2009 (Sabtu) 
 Masa : 11.00 Pagi 
 Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM 
 Perasmi : Yang Berhormat Dato'' Seri Mohamed Khaled bin Nordin (Menteri Pengajian Tinggi Malaysia) 
 
Majlis Penutup : 19 Mei 2009 (Selasa) 
 Masa : 2.30 Petang 
 Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM 
 Paserta Konvensyen : Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh IPTA di Malaysia 

 Antara aktiviti yang akan dilaksanakan : Forum suara siswa (siaran secara langsung), pembentangan kertas kerja, khidmat masyarakat, lawatan ke IRDA Iskandar Johor dan malam kebudayaan 

 Tuan/Puan Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah bersetuju Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai tuan rumah Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar 2009 bermula 15 Mei 2009 hingga 19 Mei 2009. 

 3. Sehubungan dengan itu, Semua Warga Universiti dijemput hadir sama dalam sesi Forum Suara Siswa yang akan dibuat pengambaran secara langsung oleh pihak RTM dan Y.Bhg. Dato` Naib Canselor adalah sebagai ahli panel tersebut. 

Maklumat yang akan diadakan adalah seperti berikut: 
 Tarikh : 19 Mei 2009 (Selasa) 
 Masa : 8.30 – 10.45 malam 
 Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM 

 Tajuk Forum : Mahasiswa : Modal Insan & Negara Bangsa 
 Ahli Forum : Pengerusi Forum Pengacara TV RTM 
 
Ahli Panel 
 i. Y.Bhg. Prof. Dato` Dr. Mohd Noh Dalimin 
 ii. YDP MPP, UNIMAS 
 iii. YDP MPP, UPM 
 Pakaian : `Smart Casual` 

 4. Kehadiran dan sokongan Tuan/Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. 
 "DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar 

 MD PUAD BIN KATNI 
Penolong Pendaftar 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
Tel : 07 4537009 
Fax : 07 4536084 fuad@uthm.edu.my

No comments: