Wednesday, April 22, 2009

Taklimat Pengenalan & Kursus Yang Ditawarkan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kepada Guru-Guru Seluruh Negeri Johor

Tuan,

SESI TAKLIMAT PENGENALAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KEPADA GURU-GURU SELURUH NEGERI MALAYSIA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Perhubungan Korporat dan Antarabangsa (PEKA) akan mengadakan satu sesi Taklimat Pengenalan dan Kursus yang ditawarkan di UTHM kepada guru-guru kaunselor sekolah seluruh negeri Johor. Pihak kami telah menjemput guru-guru kaunselor sekolah menengah seluruh daerah Batu Pahat dan Muar bagi fasa pertama seperti butiran berikut;

Tarikh : 22 April 2009 (Rabu)
Masa : 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah 2 (UTHM)

3. Sehubungan dengan itu, PEKA ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk melantik wakil dari unit tuan bagi tujuan rakaman dan sesi fotografi sepanjang program ini berlangsung.

4. Kerjasama dan komitmen dari pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

'DENGAN HIKMAH. KITA MENEROKA'

Yang benar,
PROF. MADYA DR HJ MOHD IDRUS B HJ MOHD MASIRIN
Pengarah PEKA

No comments: