Thursday, April 16, 2009

Program Hari E-Filing UTHM 2009

PROGRAM HARI E-FILING UTHM 2009

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kluang akan mengadakan Program Hari E-Filing UTHM pada 16 April 2009 ini.

3. Tentatif program seperti berikut:

Taklimat E-Filing UTHM 2009
Tarikh : 16 April 2009
Tempat : Dewan Kuliah 2
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat membuat rakaman program berkenaan di lokasi seperti yang dinyatakan di atas. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
AINNUL EZWAN B HASSAN
Peg. Kewangan

No comments: