Semua staf akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
PROGRAM DATO’ NAIB CANSELOR BERSAMA PENULIS UTHM
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penerbit akan menganjurkan Program Dato’ Naib Canselor bersama penulis-penulis UTHM dengan memberi fokus kepada topik “Galakan dan rangsangan staf Universiti dalam bidang penulisan ilmiah”. Butiran lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 16 April 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM
Masa : 2.30 petang
Aturcara : Seperti di lampiran
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Tuan/Puan adalah dipersilakan hadir ke program ini. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Prof./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Siti Hajar A. Rahman di talian 07-4537454.
Sekian, terima kasih
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
PROF. DR. AHMAD SHAKRI B. MAT SEMAN
Pengarah Penerbit
********************************************
ATUR CARA PROGRAM DATO’ NAIB CANSELOR BERSAMA PENULIS UTHM
16 APRIL 2009 (KHAMIS)
DEWAN KULIAH 2, UTHM
2.30 PETANG
2.15 petang - Pendaftaran Staf
- Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pengarah Penerbit
2.30 petang - Ucapan Alu-aluan Pengarah Penerbit
- Ucapan YBhg. Dato’ Naib Canselor
“Galakan dan Rangsangan Staf Universiti dalam Bidang Penulisan Ilmiah”
3.45 petang - Sesi Soal Jawab
4.15 petang - Minum Petang dan Bersurai
Thursday, April 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment