Tuesday, July 1, 2025

FKAAB Academia-Industry Insight



FKAAB Academia-Industry Insight 

Tarikh : 1 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Big Stage, Aras 2, PTTA

Monday, June 30, 2025

The Dark Side of Beauty Skin : Skin Cancer and Mercury




The Dark Side of Beauty Skin : Skin Cancer and Mercury

Tarikh : 30 Jun 2025 (Isnin) Masa : 8.00-11.00 pagi Platform : Online Slot 1 : The Dark Side of Beauty : Skin Cancer and Mercury oleh : Dr. Mohd Roslan Haron (Oncologist) tentang kecantikan dan kanser Slot 2 : Realiti di Sebalik Kecantikan Sesi bual bicara bersama 2 orang bekas pengguna merkuri Anjuran Sekretariat Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, UTHM

Tuesday, June 24, 2025

Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2025 UTHM



 JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Profesor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina akan mengadakan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2025 UTHM yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Adnan bin Zainorabidin seperti maklumat berikut:-


Tarikh             : 24 Jun 2025 (Selasa)

Masa               : 10.00 pagi 

Tempat           : Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Tajuk              : “Challenges in Tropical Peatland Engineering for Sustainable Development"

Pakaian          : Rasmi


3.    Sehubungan itu,  YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari dijemput untuk bersama-sama hadir ke majlis ini seperti ketetapan di atas. Kehadiran ke majlis ini akan diambil kira dalam keperluan jam latihan yang merupakan salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Staf dan akan direkodkan melalui sistem QR Code.


4.    Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan majlis ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di e-mel mpu@uthm.edu.my atau berhubung terus di talian 019-7678910 (urus setia).


Sehubungan itu, semua warga universiti dijemput hadir ke program tersebut. Penyertaan  YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"


Majlis Profesor Universiti

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Saturday, June 21, 2025

Karnival Mahabbah Komuniti Madani

 


Karnival Mahabbah Komuniti Madani
Tarikh : 21-22 Jun 2025 (Sabtu-Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim, UTHM


Wednesday, June 18, 2025

Sesi Perkongsian Ilmu: Train The Trainer (TTT) and Trainer’ Development Framework (TDF) (Accreditation)




 JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN ILMU: TRAIN THE TRAINER (TTT) AND TRAINERS’ DEVELOPMENT FRAMEWORK (TDF) (ACCREDITATION)


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM Bitara dengan kerjasama HRD Corp berbesar hati menjemput YBhg. Prof. / Tuan / Puan ke SESI PERKONGSIAN ILMU: TRAIN THE TRAINER (TTT) AND TRAINERS’ DEVELOPMENT FRAMEWORK (TDF) (ACCREDITATION) seperti ketetapan berikut:

Tarikh            : 18 Jun 2025 (Rabu)
Masa              : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat          : Bilik Seminar (QB-203B), Aras 2, Blok QB, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE), UTHM
Penceramah : Cik Siti Amira Shafika Shafie, 
                         Pegawai Eksekutif (Jaringan Industri), Perbadanan Sumber Manusia (HRD Corp.), Pejabat Wilayah Selatan

Tuesday, June 17, 2025

Pertandingan Robocon Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan







 

Pertandingan Robocon Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 17-19 Jun 2025 (Selasa-Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Thursday, May 29, 2025

Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025




 JEMPUTAN PROGRAM TRANSFORMASI JERAYAWARA DIGITAL TVET 2025

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025 kepada seluruh warga UTHM akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh            : 29 Mei 2025 (Khamis)

Masa              : 2.00 Petang

Tempat          : Dewan Sultan Ismail, UTHM

Aturcara        : Seperti di lampiran

         

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan transformasi digital TVET UTHM bagi menyediakan satu ekosistem yang mampan dan selamat, mencukupi kemudahan infrastruktur, infostruktur program akademik dan pembudayaan yang komprehensif di UTHM.

 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai jerayawara tersebut. Kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / amat diharapkan bagi menjayakan jerayawara ini.

TVET Digital Capacity Building Workshop



 TVET Digital Capacity Building Workshop

Tarikh : 29 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Big Stage, Level 2, PTTA

AI in TVET – Learn how AI is transforming teaching and learning.

Deep Learning – Explore real-world applications from research to industry.

Q&A with Experts – Get your questions answered by digital TVET experts.

Wednesday, May 28, 2025

Global Digital TVET Transformation @Summit 2025 (DOTS25)



 Global Digital TVET Transformation @Summit 2025 (DOTS25)

Tarikh : 28-29 May 2025 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Impiana KLCC Hotel & Dewan Sultan Ibrahim

Monday, May 26, 2025

Program Executive Meet & Greet (EMG) Siri 1/2025 UTHM



 Program Executive Meet & Greet (EMG) Siri 1/2025 UTHM

Tarikh       :     26 Mei 2025 (Isnin)
Masa        :      9:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat    :      Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (Jemputan Fizikal)
Pakaian   :      Baju Korporat UTHM (Kelabu)
Platform  :     Youtube UTHMTV (Warga UTHM) 

Wednesday, May 21, 2025

Sesi Libat Urus LHDN Johor Bersama Pejabat Bendahari UTHM




 Sesi Libat Urus LHDN Johor Bersama Pejabat Bendahari UTHM

Tarikh : 21 Mei 2025 (Rabu) Masa : 8.15 Pagi Tempat : Galeri Ilmu, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK)

Monday, May 5, 2025

The 8th International Conference on Technology Management, Business and Entrepreneurship 2025 ( The 8th ICTMBE 2025)

 








The 8th International Conference on Technology Management, Business and Entrepreneurship 2025 ( The 8th ICTMBE 2025)

Tarikh : 5-6 Mei 2025 (Selasa-Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Opero Hotel Southkey, Johor Bahru

Wednesday, April 23, 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 UTHM Dan Majlis Penghargaan Petugas Konvokesyen

 


Tarikh :  23 April 2025 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sulatan Ibrahim

PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 berkaitan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DAN MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS KONVOKESYEN untuk perhatian dan tindakan pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Semua staf DIJEMPUT HADIR mengikut penempatan masing-masing bagi menunjukkan komitmen dalam menjayakan program anjuran Universiti. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan, sekretariat ada menyediakan ruang bagi mana-mana staf yang ingin berkongsi rezeki dengan membawa juadah sebagai potluck untuk dikongsi bersama dengan staf yang lain di majlis tersebut. Sumbangan juadah boleh diberikan kepada pihak sekretariat semasa hari majlis berlangsung.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.



"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

Bahagian Governan dan Pengurusan Dasar
Pejabat Pengurusan Organisasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 

Tuesday, April 22, 2025

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat UTHM

 





Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, 

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif gerakan membaca di peringkat nasional sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca setiap hari. Butiran lengkap mengenai program ini adalah seperti berikut:

 

Tarikh : 22 April 2025 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Lokasi : Pentas Utama (Big Stage), Aras 2, PTTA

Siaran Langsung : UTHM TV


3.         Untuk makluman semua, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Iddin Ramli, iaitu seorang penulis buku dan pempengaruh (influencer) motivasi yang terkenal dengan nasihat dan dakwahnya yang membuka mata dan menyedarkan ramai, khususnya golongan muda dalam slot Bicara Penulis dan Meet & Greet. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan terkini daripada Naseehat Holding Sdn Bhd dan Penerbit UTHM di rerurai buku yang disediakan sepanjang program berlangsung.

 

4.         Sehubungan itu, Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk menyertai dan bersama-sama memeriahkan program ini dan diharapkan ia dapat mempertingkatkan lagi budaya membaca ke arah membangunkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Kehadiran program ini akan direkodkan dan diambil kira sebagai jam kursus/latihan staf dan pelajarSijil penyertaan pelajar juga akan disediakan. 

 

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"

--


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Timbalan Ketua Pustakawan
Bahagian Promosi dan Koleksi Khas
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Monday, April 14, 2025

Majlis Peluncuran Sub Sistem Housing Office Management System (HOMS)



 Majlis Peluncuran Sub Sistem Housing Office Management System (HOMS)

Tarikh : 14 April 2025 | Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Big Stage PTTA UTHM

Thursday, April 10, 2025

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Digitalisasi Pantun DBP-UTHM 2025



Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Digitalisasi Pantun DBP-UTHM 2025

Tarikh : 10 April 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Big Stage, Aras 2, PTTA

Program ini merupakan kerjasama kali kedua antara DBP dan UTHM selepas kejayaan projek alih wahana buku cerita kanak-kanak DBP ke aplikasi AR dan permainan pada tahun 2023. Kali ini, cabaran lebih sengit di mana fokus diberikan kepada alih wahana pantun ke bentuk permainan digital, menguji daya saing dan inovasi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Komputer Pengkomputeran Multimedia, FSKTM UTHM.

Wednesday, March 19, 2025

Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar Perdana 1446H/2025M Peringkat UTHM

 


Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar Perdana 1446H/2025M Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia seperti ketetapan berikut :

 

                                    Tarikh             : 19 Mac 2025 (Rabu)

                                    Masa               : 5.00 petang hingga selesai

                                    Tempat           : Masjid Sultan Ibrahim UTHM

                                    Atur cara        : Seperti di Lampiran 1


Anjuran : Pusat Islam dengan kerjasama Kelab Staf UTHM (KSUTHM) dan Yayasan UTHM


ATUR CARA


MAJLIS NUZUL AL-QURAN DAN IFTAR PERDANA 1446H/2025M

PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

--------------------------------------------------------------------

19 Mac 2025 (Rabu) | Masjid Sultan Ibrahim UTHM


3.00 petang : Tadarus Al-Quran

4.30 petang : Solat Asar

5.00 petang : Acara Khatam Al-Quran

5.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Naib Canselor UTHM

5.35 petang : Ketibaan Yang Berbahagia Dato' Sri Ibrahim Ahmad,


Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM

5.40 petang : Ketibaan Encik Mohd Farid bin Kassim


Pegawai Daerah Batu Pahat


5.50 petang : Ketibaan YB Puan Hajah Nor Rashidah binti Hj Ramli

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Parit Raja

: Pelaksanaan Akad Wakaf Parit Kuari (Bilik Kenamaan MSI)


6.00 petang : Bacaan Al-Quran oleh :


Ustaz Muhammad Amirulhakim bin Saparudin

6.05 petang : Tazkirah Khas oleh YB Dato' (Dr.) Hj Nooh Gadot

6.40 petang : Ucapan Yang Berbahagia Dato' Sri Ibrahim Ahmad,


Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM

: Penyampaian Sumbangan :

- Sumbangan Prihatin Asnaf (Pusat Islam)

- Sumbangan Aidilfitri (Kelab Staf UTHM)

- Sumbangan Aidilfitri (Yayasan UTHM)

: Simbolik Penyerahan Tanah Wakaf Parit Kuari (ICRC)


7.20 petang : Iftar & Solat Maghrib
: Bersurai

Friday, March 14, 2025

Program Podcast GTU 2030 : EduTrain - Model Hussein





Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko (PSPR) akan mengadakan Program Podcast GTU 2030 : EduTrain - Model Hussein secara atas talian melalui youtube live UTHM TV berdasarkan maklumat seperti berikut :


                 Tarikh      : 14 Mac 2025 (Jumaat)
                  Masa      : 9.30 pagi
                  Platform : Youtube live UTHM TV

3.        Dimaklumkan juga, Program Podcast GTU 2030 : EduTrain - Model Hussein akan menampilkan jemputan panel seperti berikut :

                Panel 1     : YBhg. Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
                Panel 2     : YBrs. Ts. Dr. Khalid bin Isa, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar
                Podcaster : YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Pengarah Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko  

Monday, March 10, 2025

Perkongsian Ilmu Penyeliaan dan Penilaian Pelajar Pascasiswazah : Pendekatan Holistik Berkesan



Program Perkongsian Ilmu " Penyeliaan dan Penilaian Pelajar Pascasiswazah : Pendekatan Holistik Berkesan

Tarikh : 10 Mac 2025 | Isnin Masa : 9.00 pagi Tempat : DKA G3, UTHM

Program Penyeliaan dan Penilaian Pelajar Pascasiswazah: Pendekatan Holistik dan Berkesan bertempat di Dewan Kuliah A, Blok G3, UTHM kampus Induk.
Progran anjuran bersama Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi dan Pusat Pembelajaran Maya ini dihadiri hampir seramai 250 staf akademik.
Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim Naib Canselor telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk 'Panduan Komprehensif Penyeliaan Pelajar Pancasiswazah: Dari Penyediaan hingga Penilaian' manakala Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menyampaikan ceramah bertajuk 'PenilaianTesis Viva: Amalan Terbaik dan Kriteria Penilaian Menyeluruh.'
Turut hadir, Prof. Dr. Shahruddin Mahzan @ Mohd Zin Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dr. Mohamad Zaky Noh, Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Prof. Dr. Nor Hazana Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi.

Tuesday, February 25, 2025

Majlis Amanat Naib Canselor (ANC) 2025



Majlis Amanat Naib Canselor (ANC) 2025

Tarikh : 25 Feb 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Big Stage Aras 2 Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Wednesday, February 19, 2025

Majlis Peluncuran Pembinaan Kompleks Husnul Khatimah Yayasan UTHM dan Inisiatif Kampung/Mukim Angkat UTHM




JEMPUTAN KE PROGRAM ASPIRASI UTHM PRIHATIN 2025: MAJLIS PELUNCURAN PEMBINAAN KOMPLEKS HUSNUL KHATIMAH YAYASAN UTHM DAN INISIATIF KAMPUNG/ MUKIM ANGKAT UTHM


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.     Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM Prihatin, melalui Yayasan UTHM dan Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), akan menganjurkan Program Aspirasi UTHM Prihatin 2025: Majlis Peluncuran Pembinaan Kompleks Husnul Khatimah Yayasan UTHM dan Inisiatif Kampung/Mukim Angkat UTHM. Sehubungan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menghadiri majlis yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut:


Tarikh : 19 Februari 2025 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Lokasi : Pentas Utama (Big Stage), Aras 2, PTTA

Amanat & Tazkirah Khas “Sedekah: Kunci Rezeki yang Tak Disangka” oleh YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot

Aturcara :