JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Profesor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina akan mengadakan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2025 UTHM yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Adnan bin Zainorabidin seperti maklumat berikut:-
Tarikh : 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Tajuk : “Challenges in Tropical Peatland Engineering for Sustainable Development"
Pakaian : Rasmi
3. Sehubungan itu, YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari dijemput untuk bersama-sama hadir ke majlis ini seperti ketetapan di atas. Kehadiran ke majlis ini akan diambil kira dalam keperluan jam latihan yang merupakan salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Staf dan akan direkodkan melalui sistem QR Code.
4. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan majlis ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di e-mel mpu@uthm.edu.my atau berhubung terus di talian 019-7678910 (urus setia).
Sehubungan itu, semua warga universiti dijemput hadir ke program tersebut. Penyertaan YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
Majlis Profesor Universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
No comments:
Post a Comment