Thursday, May 29, 2025

Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025




 JEMPUTAN PROGRAM TRANSFORMASI JERAYAWARA DIGITAL TVET 2025

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025 kepada seluruh warga UTHM akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh            : 29 Mei 2025 (Khamis)

Masa              : 2.00 Petang

Tempat          : Dewan Sultan Ismail, UTHM

Aturcara        : Seperti di lampiran

         

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan transformasi digital TVET UTHM bagi menyediakan satu ekosistem yang mampan dan selamat, mencukupi kemudahan infrastruktur, infostruktur program akademik dan pembudayaan yang komprehensif di UTHM.

 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai jerayawara tersebut. Kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / amat diharapkan bagi menjayakan jerayawara ini.

No comments: