𝐔𝐓𝐇𝐌 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 “𝐄𝐍𝐇𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐍𝐄𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐀𝐍𝐃 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐂𝐈𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍” 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐊𝐓𝐌)
Perasmian : Tarikh : 10 Julai 2023 (Isnin) Masa : 2.00 ptg Tempat : Online Zoom Meeting
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan kursus “Enhancing TVET Personnel Professional Skills and Instructional Competencies for Quality Education” secara dalam talian pada 10 hingga 14 Julai 2023. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) dan dibiayai oleh Kementerian Luar Negeri (KLN), Malaysia. Peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Algeria, Malawi, Ecuador, Eswatini (Swaziland), Bosnia & Herzegovina, Morocco, Turkmenistan, Indonesia, Brunei, Pakistan, Botswana. Modul kursus diselaraskan oleh Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET). Penceramah kursus yang terlibat adalah pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kursus dalam talian ini akan dilaksanakan dengan mengaplikasikan aktiviti secara interaktif, perbincangan dalam kumpulan, projek kumpulan dan pembentangan. Pelaksanaan kursus ini juga akan membolehkan Malaysia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pembangunan kemahiran pendidik TVET.
---------------------------------------------------------------------------
𝐔𝐓𝐇𝐌 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐄 𝐀 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐒𝐄 𝐎𝐍 𝐄𝐍𝐇𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐍𝐄𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐀𝐍𝐃 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐂𝐈𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 (𝐌𝐓𝐂𝐏)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) will organise a training course on “Enhancing TVET Personnel Professional Skills and Instructional Competencies for Quality Education” online from 10 to 14 July 2023. The course is organised by the Centre for Continuous Learning and APEL (PPBA) under the Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) and funded by the Ministry of Foreign Affairs (MOFA), Malaysia. Participants involved in this course are from Algeria, Malawi, Ecuador, Eswatini (Swaziland), Bosnia & Herzegovina, Morocco, Turkmenistan, Indonesia, Brunei, Pakistan, Botswana. The training module is coordinated by the Malaysian Institute for Vocational Education and Training Research (MyRIVET). The speakers are lecturers from the Faculty of Technical and Vocational Education. This online course will adopt interactive classroom activities, group discussions, group projects, and presentations. The implementation of this course will also enable Malaysia to share expertise and experience in the skill development of TVET educators.
No comments:
Post a Comment