Tuesday, March 29, 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU)


 


Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) dengan INDUSTRI Tarikh : 29 Mac 2022 (Selasa) Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5 Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM bersama Juru Wajar Sdn. Bhd. dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan ICOMOS Malaysia dan Wasiyyah Shoppe Berhad bertempat di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM anjuran Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).
UTHM diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Menjalankan Tugas Naib Canselor UTHM telah memeterai perjanjian MoA bersama dengan En. Sahrizal Safri, Pengarah Urusan, Juru Wajar Sdn. Bhd. yang juga telah menyumbang dana sebanyak RM20,000.00 di bawah program Research Enhanced Student Internship Program(RE-SIP), manakala perjanjian MoU bersama dengan Ar. Tiong Kian Boon, Presiden Pertubuhan ICOMOS Malaysia serta Tn. Hj. Ariffin Sabirin, Ketua Pegawai Eksekutif, Wasiyyah Shoppe Berhad.
MoA dan MoU yang ditandatangani ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, penyelidikan dan perundingan, selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid dan bidang tujah universiti iaitu kelestarian teknologi dan pengangkutan. Tambahan daripada itu, usaha ini juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi/Pendaftar, Prof. Wan Fauzi @ Wan Fauziah Wan Yusoff, Dekan FPTP, Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid Masrom, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan) FPTP merangkap penyelaras MoA bersama Juru Wajar Sdn. Bhd., Dr. Indera Syahrul Mat Radzuan, penyelaras MoU bersama Pertubuhan ICOMOS Malaysia dan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil Omar, Penyelaras MoU bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, pegawai-pegawai UTHM dan wakil dari industri.

No comments: