Wednesday, March 30, 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTHM dengan Synapse Innovation Sdn. Bhd.





Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTHM dengan Synapse Innovation Sdn. Bhd.

Tarikh : 30 Mac 2022 (Rabu) Masa : 2.30 PETANG Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5 Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM bersama Synapse Innovation Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).
UTHM diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Menjalankan Tugas Naib Canselor UTHM telah memeterai perjanjian MoA bersama dengan Dr. Afnizanfaizal Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Synapse Innovation Sdn. Bhd. yang juga telah menyumbang dana sebanyak RM134,000.00.
MoA yang ditandatangani ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, penyelidikan dan perundingan, selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid dan bidang tujah universiti iaitu kelestarian teknologi dan pengangkutan. Tambahan daripada itu, usaha ini juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ts.Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan FSKTM, Puan Munirah Mohd Yusof, Timbalan Dekan HEPA FSKTM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Farhan Md. Fudzee merangkap penyelaras MoA bersama Synapse Innovation Sdn. Bhd, Prof. Madya Dr. Shahreen Kasim, Felo Hubungan Industri, pegawai-pegawai universiti dan wakil dari industri.

No comments: