Tuesday, October 26, 2021

Program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Johor bersama Mahasiswa UTHM



Program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Johor bersama Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
Tarikh : 26 Oktober 2021
Masa : 3.30 ptg
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
 
YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor hari ini mengadakan lawatan ke kampus induk UTHM bagi meluangkan masa beramah mesra dengan 100 mahasiswa UTHM secara bersemuka.
Program anjuran Pejabat Daerah Batu Pahat dengan kerjasama pihak UTHM ini turut melibatkan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Hadir sama, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Johor, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor, Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT; Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM; Haji Ismail Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat; Timbalan-timbalan Naib Canselor UTHM, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM.

Turut berlangsung penyerahan bantuan kepada pelajar bekeperluan dari pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta penyerahan sumbangan kepada Persatuan Mahasiswa Batu Pahat yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Johor.


No comments: