Sunday, November 22, 2020

Bual Bicara Bersama Alumni FKMP



 BUAL BICARA BERSAMA ALUMNI FKMP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Persatuan Pelajar Mekanikal Uthm akan menganjurkan Program Bual Bicara Bersama Alumni FKMP. Program ini dirancang untuk menjadi satu medium pengenalan atau persediaan bagi pelajar tahun 3 dan 4 untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar selepas mereka bergelar graduan UTHM.🎓
📌Program Bual Bicara Bersama Alumni FKMP ini berkonsepkan komunikasi dua hala secara santai bersama tetamu jemputan dan pelajar-pelajar.
Program ini akan berlangsung pada:
Tarikh🗓 : 22 November 2020 (AHAD)
Masa ⏰: 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat💻 : YouTube channel (UTHM TV)
Yuran💵 : Percuma
Mahasiswa dan mahasiswi dijemput menyertai program ini bagi menambah pengetahuan mereka mengenai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar bersama para alumni FKMP.
Bagi sesiapa yang berminat boleh menyertai program ini melalui aplikasi YouTube channel (UTHM TV).
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Sahira- 0135667523
Shahirah - 016 831 9224

No comments: