Thursday, November 12, 2020

Bicara Profesor Ulung bertajuk Kefahaman Baru Tentang Perpaduan & Peranan Universiti Dalam Perpaduan Nasional

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Prof./Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) akan menganjurkan siri Bicara Profesor Ulung bertajuk Kefahaman Baru Tentang Perpaduan & Peranan Universiti Dalam Perpaduan Nasional bersama Ybhg Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc, Pengarah / Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia & Penasihat Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh    : 12 November 2020 (Khamis)

Masa     : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : https://uthm-edu-my.zoom.us/j/92319463884 (Zoom) / fb.me/uthmjohor (FB Live)


3. Sehubungan itu, semua warga UTHM adalah dijemput untuk menyertai siri Bicara Profesor Ulung ini. 


Sekian, terima kasih.


"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"  




PROF. MADYA DR. NIK HISYAMUDIN MUHD NOR
Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



No comments: