YBhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM INDUSTRY ENGAGEMENT ROUNDTABLE
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) dengan kerjasama Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko akan mengadakan program Industry Engagement Roundtable sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 15 Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 2.30 petang sehingga selesai
Pautan : https://meet.google.com/xau-nkdv-fkz
3. Objektif pertemuan adalah bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas pihak industri berkaitan sasaran dan strategi UTHM pada tahun 2021-2025 dalam meningkatkan hubungan dengan pihak industri. Untuk makluman, program ini akan dilaksanakan menggunakan dua kaedah (hybrid) iaitu secara bersemuka bagi Pegawai Eksekutif Universiti dan pertemuan secara google meet bagi semua Ketua Pusat Tanggjungawab (PTj).
4. Sehubungan itu, YBhg. Datuk, Prof./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke program ini. Perhatian dan kerjasama yang diberikan berkaitan perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
PROF. MADYA Dr. NIK HISYAMUDIN MUHD NOR
Pengarah
Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07-453 7036
No comments:
Post a Comment