Tuesday, October 27, 2020

Majlis Anugerah Sukan UTHM 2019

 


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,



YBhg. Prof. Datuk/Prof./Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti (PSU) akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UTHM 2019 yang buat julung-julung kalinya diadakan secara langsung melalui saluran youtube UTHM TV. Walaupun kita sedang berdepan dengan Pandemik Covid19, majlis penganugerahan ini tetap berlangsung dalam keadaan normal baharu seperti butiran berikut :

 

Tarikh : 27 Oktober 2020 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Saluran : Youtube UTHM TV

http://youtube.com/c/UTHMTV

 

3.         Majlis ini merupakan inisiatif PSU bagi meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh atlet-atlet, pengurus, jurulatih serta penggiat sukan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan sukan UTHM.Sebanyak 16 kategori anugerah yang akan diberikan pada tahun ini iaitu:-

 

1. Olahragawan

2. Olahragawati

3. Program Sukan Terbaik

4. Pasukan Berpasukan Lelaki Terbaik

5. Pasukan Berpasukan Wanita Terbaik

6. Pasukan Individu Lelaki Terbaik

7. Pasukan Individu Wanita Terbaik

8. Pengurus Pasukan Lelaki Terbaik

9. Pengurus Pasukan Wanita Terbaik

10. Jurulatih Pasukan Berpasukan Lelaki Terbaik

11. Jurulatih Pasukan Berpasukan Wanita Terbaik

12. Jurulatih Pasukan Individu Lelaki Terbaik

13. Jurulatih Pasukan Individu Wanita Terbaik

14. Bintang Harapan Lelaki Terbaik

15. Bintang Harapan Wanita Terbaik

16. Anugerah Khas PSU

 

4.         Sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UTHM serta penerima-penerima anugerah pada tahun ini. Setkan notifikasi agar tidak akan terlepas menyaksikan Majlis Anugerah Sukan UTHM 2019 (MASUTHM) ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Majulah Sukan Untuk UTHM”

 

#PusatSukanUniversiti

#MASUTHM2019

#UTHMAthleteWarrior

#TheThinkingAthlete

No comments: