Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg Prof. Datuk / Prof. / Tuan / Puan,
PELAWAAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM FUNTASTIC ENGLISH ANJURAN PUSAT PENGAJIAN BAHASA UTHM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bersempena cuti sekolah, Pusat Pengajian Bahasa (PPB) akan menganjurkan PROGRAM FUNTASTIC ENGLISH 2019 untuk anak - anak staf sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Disember 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 Tengahari
Tempat : Makmal Multimedia 1, UTHM
3. Program ini terbuka kepada anak-anak staf UTHM dari usia 10 tahun sehingga 12 tahun sahaja. Sehubungan dengan itu, kepada ibu bapa yang berminat boleh mengisi borang di pautan (https://forms.gle/FHfxMNNzjoPfyi6e9).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Disember 2019. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 dan dibayar pada waktu pendaftaran. Tempat adalah TERHAD kepada 35 orang sahaja. Ibu bapa atau penjaga yang berminat dan telah mendaftarkan anak-anak diminta untuk membawa sebuah (1) buku kegemaran dalam bahasa Inggeris yang telah dibaca oleh anak-anak tuan/puan. Sila berhubung dengan Dr. Salawati Ahmad di talian 019-7354780 untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
Yang benar,
AJK FUNTASTIC ENGLISH 2019 UTHM
Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik, PPB
No comments:
Post a Comment