Thursday, December 19, 2019

Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Staf UTHM 2019


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


YBhg. Datuk / Prof. / Tuan / Puan,


MAKLUMAN HARI KECERGASAN DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL SUKAN STAF UTHM 2019

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Sukan Staf UTHM 2019 anjuran Biro Sukan dan Rekreasi Kelab Staf UTHM (KSUTHM) dengan kerjasama Pusat Sukan telah berlangsung dengan jayanya pada 1 - 30 November 2019Sebanyak 14 acara sukan telah dipertandingkan sepanjang Karnival Sukan Staf UTHM 2019 berlangsung.

3.       Sehubungan itu, KSUTHM amat berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk / Prof / Tuan / Puan hadir ke Hari Kecergasan dan Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Staf UTHM 2019 yang akan diadakan seperti di butiran berikut:

                       Tarikh         :   19 Disember 2019 (Khamis)
                       Tempat       :    Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
                       Masa           :    7.30 pagi - 11.30 pagi

4.        Kenderaan (bas) juga akan disediakan untuk staf dari Kampus Pagoh. Staf Kampus Pagoh adalah diminta untuk berkumpul di Pejabat Pentadbiran Pagoh pada jam 6.30 pagi.Tema pakaian pada hari tersebut adalah mengikut warna Kontijen masing- masing. Dilampirkan senarai KONTINJEN KARNIVAL SUKAN STAFATURCARA MAJLIS dan SUSUNATUR (LAYOUT) sebagai rujukan  YBhg. Datuk / Prof / Tuan / Puan. Semoga kehadiran YBhg. Datuk / Prof / Tuan / Puan dapat menjayakan dan memeriahkan lagi majlis.



Sekian, terima kasih.


BIRO SUKAN & REKREASI
Kelab Staf UTHM (KSUTHM)
Sesi 2019/2021

Atur Cara Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Staf (KSS) 2019 
19 Disember 2019 (Khamis) / Dewan Sultan Ibrahim (DSI) 

7.30 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Kanan 
7.45 pagi : Senamrobik 8.30 pagi : Staf masuk ke Dewan 
8.45 pagi : Pegawai Kanan masuk ke Dewan 
9.15 pagi : Pertandingan Perarakan Kontinjen Karnival Sukan Staf 2019 
10.00 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor 
: Nyanyian Lagu Negaraku : Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa 
: Ucapan Perasmian Penutup ~ oleh YBhg Prof Datuk Ts Dr Wahid Bin Razzaly, Naib Canselor UTHM 
: Tayangan Multimedia 
: Pemeriksaan Barisan Kontinjen Karnival Sukan Staf 2019 
: Sesi Penyampaian Hadiah ~ Bola Tampar Lelaki ~ Bola Tampar Wanita ~ Boling Padang ~ Futsal Lelaki ~ Futsal Wanita ~ Karom ~ Ping Pong ~ Tarik Tali (Takal) ~ Golf ~ Badminton ~ Olahraga ~ Tenpin Boling ~ Bola Jaring ~ Bola Sepak 
: Pengumuman Perbarisan Terbaik 
: Pengumuman Johan Keseluruhan 
: Sesi Penyampaian Cenderamata Perasmi 
11.30 pagi : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM 
: Bersurai

No comments: