Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
PROGRAM SAFETY DAY PLUS-FKMP 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan mengadakan Program Safety Day-Plus FKMP seperti berikut :
Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Dewan Kuliah A, G3
3. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa/i mengenai keselamatan semasa mengunakan jalan raya mahupun lebuhraya. Antara program yang akan dijalankan adalah booth pameran daripada PLUS miles, Roadcare, JPJ, JKJR, Bomba, pemeriksaan kesihatan dan derma darah daripada Hospital Kluang dan pameran kenderaan PRPV.
4. Sehubungan itu, FKMP dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Datuk/ Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk hadir bagi memeriahkan lagi program dan majlis tersebut. Bersama ini disertakan atur cara majlis sebagai panduan. Kerjasama dan perhatian puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
PROF. MADYA DR. SHAHRUDDIN BIN MAHZAN
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
( : 07- 4537700 6 : 07- 4536080
No comments:
Post a Comment