Wednesday, November 20, 2019

Jerayawara Program Sarjana Muda Teknologi MTUN 2019 Zon Selatan

Jerayawara Program Sarjana Muda Teknologi MTUN 2019 Zon Selatan

Tarikh : 20 Nov 2019 (Rabu)
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim


Penganjuran jerayawara ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mewar-warkan Program Sarjana Muda Teknologi yang diiktiraf oleh MQA, serta telah mendapat pensijilan badan profesional MBOT, khusus kepada pelajar lepasan DVM, DKM dan DLKM di zon selatan.
Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut berlangsung,sesi penyerahan dokumen MoU di antara UTHM dengan 6 buah industri/organisasi mengikut bidang kerjasama masing-masing.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi MTUN, wakil MTUN serta pegawai kanan universiti.

No comments: