Saturday, March 2, 2019

Program Jom Masuk IPT 2019





Program Jom Masuk IPT 2019

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Tuan / Puan.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN JOM MASUK IPT 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM telah dipilih sebagai lokasi pertama Program Jom Masuk IPT bagi Zon Selatan pada 2 hingga 3 Mac 2019 (Sabtu hingga Ahad) bertempat di Padang Kawad UTHM. Penganjuran Program Jom Masuk IPT bagi Zon Selatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu pelajar-pelajar sekolah peringkat menengah atas dari sekitar negeri Johor dan Melaka untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma atau sarjana muda yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

3. Sehubungan itu, pihak Universiti amat berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof. / Tuan / Puan untuk hadir ke Majlis Perasmian Jom Masuk IPT 2019 yang akan diadakan berdasarkan maklumat seperti berikut:

Tarikh            :  2 Mac 2019  (Sabtu)
Masa              :  2.00 petang 
Tempat          :  Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
Pakaian         :  Baju Korporat / Smart Casual
Atur Cara      :  Seperti di lampiran 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. / Tuan / Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. 

Sekian. 



"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

PROF. MADYA DR. RAJA ZURAIDAH BINTI RAJA MOHD RASI
Pengarah
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel. 07-4533418



ATUR CARA
MAJLIS PERASMIAN JOM MASUK IPT 2019

2 Mac 2019 (Sabtu)
2.00 petang
Dewan Sultan Ibrahim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor

2.00 ptg - Ketibaan Tetamu

2.30 ptg - Ketibaan
Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly
Naib Canselor UTHM

- Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
2.40 ptg - Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

2.50 ptg - Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.00 ptg - Ketibaan
Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

- Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
- Bacaan Doa

- Ucapan Alu-aluan
Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly
Naib Canselor UTHM

- Ucapan Perasmian
Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

  • Perasmian Jom Masuk IPT 2019

- Jamuan Ringan

4.00 ptg - Lawatan ke Booth Pameran dan Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan
Peringkat UTHM Di Padang Kawad UTHM

5.00 ptg - Bersurai

No comments: