Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PROGRAM EARTH HOUR 2019 DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, sambutan Earth Hour Peringkat Dunia 2019 akan diadakan pada 30 Mac 2019 sebagai
simbolik kepada usaha dan sokongan dunia terhadap keprihatinan mengenai
isu pemanasan dan perubahan iklim global serta penjimatan tenaga secara
umumnya.
3. Salah
satu usaha menyokong kempen ini, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan
(PPP) dengan usahasama Unit Kampus Lestari (SCU), akan menganjurkan
sambutan Earth Hour peringkat UTHM sepertimana butiran berikut:
Tarikh
|
:
|
30 Mac 2019 (Sabtu)
|
Masa
|
:
|
9.00 – 10.00 malam
|
Tempat
|
:
|
Kampus Induk, UTHM
|
4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Prof./tuan/puan dialu-alukan
untuk turut serta menutup lampu keseluruhan bangunan selama satu (1)
jam di premis atau bangunan masing-masing. Manakala pihak PPP akan
menutup lampu jalan dan kawasan seluruh kampus induk sebagai tanda
sokongan terhadap usaha murni ini.
Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Prof./tuan/puan dalam menjayakan program Earth Hour 2019 ini amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
Ir. Ts. SHAMRUL-MAR BIN SHAMSUDDIN
Pengarah
Pejabat Pembangunan & Penyenggaraan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
( 07-453 3364 Fax: 07-453 6020
No comments:
Post a Comment