Wednesday, July 4, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

     UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 7 (37)                                                                                  3 Julai 2018

___________________________________

                                                                                                           PEKELILING AM BIL. 20 TAHUN 2018                             
___________________________________

            MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2018
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh        :           4 Julai 2018 (Rabu)
                   Masa         :           10.30 pagi
                   Tempat      :           Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah

  1.              Semua staf universiti adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak universiti.

3.       Sehubungan dengan itu, semua staf LELAKI dikehendaki berpakaian BAJU MELAYU KEBANGSAAN (Lengkap Bersamping dan Songkok) manakala staf WANITA dikehendaki berpakaian BAJU KURUNG sopanbagi staf yang beragama ISLAM. Bagi staf yang BUKAN BERAGAMA ISLAM digalakkan berpakaian kemas yang bersesuaian dengan majlis tersebut.

  1.              Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/ aktiviti/ persidangan/ seminar/ kursus. Bersama-sama ini dilampirkan poster program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.       -     YBhg. Naib Canselor
            -     Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
            -     Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            -     Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
            -     Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh
            -     Bendahari
            -     Ketua Pustakawan
            -     Penasihat Undang-Undang
            -     Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
            -     Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat)
            -     Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
            -     Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
            -     Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/NAMR/s03.07.0418/pekelilingam

No comments: