Thursday, July 19, 2018

Forum Bicara Tokoh: Merentas 3 Generasi


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari 

JEMPUTAN KE MAJLIS BICARA TOKOH : MERENTAS 3 GENERASI


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan sempena sambutan 25 Tahun UTHM, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM akan menganjurkan MAJLIS BICARA TOKOH : MERENTAS 3 GENERASI sebagaimana ketetapan berikut:

                Tarikh                    :     19 Julai 2018 (Khamis)
                 Masa                      :     8.30 pagi – 1.00 petang
                 Lokasi                   :     Dewan Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
                 Panel                     :     i.     Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Noh Bin Dalimin
                                                       ii.    Prof. Emeritus Dato' Dr. Ismail Bin Hj. Bakar
                                                       iii.    Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Zainai Bin Mohamed   
               
                Moderator            :     Prof. Dr. Hashim Bin Saim

3.    Sehubungan dengan itu, pihak PTTA amat berbesar hati menjemput YBhg.Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis tersebut. 
Kehadiran  Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan direkod ke dalam jam kursus. Bersama-sama ini disertakan tentatif program bagi majlis tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak  Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dihargai.
 
 
Sekian, terima kasih

---------------------------
NURUL ELMY BT MOHD. YUSOF
PUSTAKAWAN KANAN
BAHAGIAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4533314



ATURCARA PROGRAM
19 JULAI 2018 (KHAMIS)
DEWAN BANKUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM


8.00 – 8.30 pagi
:
Ketibaan staf


8.30 pagi – 8.45 pagi
:
Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan YBhg. Naib Canselor


9.00 – 9.45 pagi
:
Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku


Aluan Pengacara Majlis


Bacaan Doa


Ucapan Aluan Ketua Pustakawan

Ucapan Aluan YBhg. Naib Canselor


9.45 pagi - 11.45 tengah hari
:
Forum Bicara Tokoh: Merentas 3 Generasi

Tayangan Montaj
Rumusan

Penyampaian Cenderahati

11.45 – 12.00 tengah hari
:
Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
Majlis Bersurai


No comments: