Tuesday, May 15, 2018

Recycling@U-UTHM 2018



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RECYCLING@U, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
APAKAH ITU PROGRAM RECYCLING@U-UTHM?

RECYCLING@U-UTHM adalah merupakan satu program mega yang dijalankan dengan kerjasama dari pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), Coca-Cola Malaysia dan Unit Kampus Lestari, UTHM untuk aktiviti kitar semula 3R dan aktiviti-aktiviti HIJAU lain bagi menjadikan UTHM sebuah Kampus Lestari.

🌳 Sebuah pelancaran program KITAR SEMULA Peringkat UTHM yang dijalankan dan diselia oleh UNIT KAMPUS LESTARI, UTHM.
🌳Unit Kampus Lestari, UTHM telah menerima geran bagi projek ini berjumlah RM50,000.00 dari UPM dan Coca Cola Malaysia.
🌳 Ianya merupakan program MEGA yang mendapat kerjasama dengan beberapa universiti awam terpilih dalam menjalankan aktiviti kitar semula dan mempromosikannya.

OBJEKTIF PROGRAM:
🌱 Melahirkan warga UTHM yang bersemangat dan cinta akan alam sekitar;
🌱 Memberikan pendedahan kepada warga UTHM berkaitan kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar; dan
🌱 Memberi peluang kepada warga UTHM untuk berbakti kepada alam sekitar melalui aktviti-aktiviti yang diadakan sepajang program berlangsung;

AKTIVITI-AKTIVITI DI RECYCLING@U-UTHM:
(1) Aktiviti berkaitan ’Reduce, Reuse, Recycle (3R)'
(2) Aktiviti berkaitan 'Sustainable Campus Development'
(3) Aktiviti berkaitan ‘Green Efforts & Awareness in and out UTHM Campus'

APAKAH SUMBANGAN ANDA?
πŸƒ Mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar
πŸƒ Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar
πŸƒ Menjana pendapatan melalui inovasi barangan kitar semula
πŸƒ Membantu mengurangkan penggunaan sumber semula jadi yang dilihat semakin berkurangan

ANDA BERMINAT?
Jom datang ke Majlis Perasmian Program Recycling@U-UTHM berikut:

πŸ“… Tarikh: 15 Mei 2018 (Selasa)
πŸ•— Masa: 9.00 – 11.00 Pagi
πŸ› Tempat: Bilik Lestari 2, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM

πŸ“ Penyertaan: Jemputan Rasmi dari SCU & Terbuka kepada 50 orang pelajar terawal. Tempat TERHAD !!! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Makanan ringan dan SMAP disediakan.
Jika ANDA berminat sila hubungi wakil pelajar kami untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran:
Wan Muhammad Fairuz Wan Hisham (Presiden Kelab Planeteers)
011-12365570
🌏 RECYLING@U-UTHM πŸŒ

No comments: