Tuesday, May 15, 2018

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2018


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  2018 sepertimana ketetapan yang berikut:

    Tarikh : 15 Mei 2018 (Selasa)

    Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

    Tempat : Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim

3.    Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan konvensyen ini. Bersama-sama ini dilampirkan atur cara programuntuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
 
Yang benar,
 
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
TEL: 7100

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 2018

15 MEI 2018 (SELASA)
BILIK BANKUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM

ATUR CARA

8.00 pagi
-
Pendaftaran Peserta




-
Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan




-
Ketibaan YBrs. Tuan Pendaftar



8.30 pagi
-
Aluan Pengacara Majlis




-
Nyanyian Lagu Bangsa Johor




-
Bacaan Doa



8.50 pagi - 9.00 pagi
-
Ucapan Perasmian oleh YBrs. Tuan Pendaftar
(Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KIK UTHM)



9.00 pagi - 9.15 pagi
-
Sesi Pengenalan Kumpulan dan Panel Juri



9.15 pagi - 9.45 pagi
-
Pembentangan Projek Kumpulan SYNERGY
(Pusat Kesihatan Universiti)



9.45 pagi - 10.15 pagi
-
Pembentangan Projek Kumpulan EAGLE 3
(Pusat Kesihatan Universiti)



10.15 pagi - 10.45 pagi
-
Pembentangan Projek Kumpulan MERPATI
(Pejabat Bendahari)



10.45 pagi - 11.15 pagi
-
Pembentangan Projek Kumpulan MOSFET
(Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)



11.15 pagi - 11.45 pagi
-
Pembentangan Projek Kumpulan CEREBROHUB
(Pusat Kesihatan Universiti)



11.45 pagi - 12.15 tengahari
-
Pembentangan Projek Kumpulan RENAISSANCE
(Pusat Kesihatan Universiti)



12.30 tengahari - 2.00 petang

Rehat & Makan Tengahari



2.00 petang - 2.30 petang
-
Persediaan



2.30 petang
-
Ketibaan YBhg. Naib Canselor




-
Ulasan Ketua Panel Juri




-
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata oleh YBhg. Naib Canselor




-
Nyanyian Lagu Gemilang UTHM




-
Sesi Bergambar




-
Bersurai


No comments: